Friday, March 13, 2009

Melayu Akan Pupus? - Raja Nazrin

Saya tertarik dengan ucapan Baginda Raja Dr. Nazrin Shah di Bangi semalam, dan ucapannya yang penuh makna yang tersirat itu telah disiarkan di dalam akhbar Utusan hari ini. Ucapan yang panjang itu disudahi dengan..

“Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung di dalam hikayat-hikayat lama..”

Di antara punca yang berkemungkinan menyebabkan kepupusan Melayu, daripada ucapan Baginda ialah hilangan identiti mereka dari sudut agama Islam, bahasa dan budaya, dan terdapat tindakan yang cuba menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu ini.

Sepertimana yang kita ketahui, Bangsa Melayu menjadi satu bangsa yang bertamadun adalah dengan Agama Islam. Bahkan ia ditambah lagi dengan pengayaan Bahasa Melayu yang sangat intim dengan Bahasa Arab yang menjadi bahasa sumber Islam iaitu al Quran dan Sunnah. Pembelajaran al Quran dan Sunnah diterjemahkan dan dipraktikkan oleh Bangsa Melayu yang beragama Islam.

Begitu juga budaya Melayu yang tidak bercanggah dengan Syariat Islam sendiri, seperti dari sudut pemakaian, ketaatan dan sebagainya. Tetapi, hari ini, Bangsa Melayu dilihat semakin pupus kerana penolakan mereka terhadap Islam yang membentuk mereka menjadi sebuah bangsa yang betamadun.

Bangsa-bangsa di seluruh dunia itu menjadi mulia kerana Islam. Bukan kerana nama bangsa tersebut. Apakah yang terjadi sekiranya bangsa tersebut menolak Islam? Lihatlah, sejarah Negara Arab, bangsa Arab mulia kerana Islam. Sekiranya hari ini mereka menolak Islam, merekalah orang paling hina.

Begitu juga negara barat yang dilihat sebagai bangsa yang mulia, sedangkan mereka dimuliakan oleh manusia yang buta. Mana mungkin kepercayaan tiadanya Allah SWT adalah satu perkara yang mulia. Zina yang berleluasa juga, adalah satu penghinaan yang sangat besar kepada mereka. Tetapi, di manakah Melayu hari ini?

Melayu akan menjadi satu bangsa yang hina sekiranya mereka menolak Islam. Bangsa Melayu akan pupus sekiranya mereka terus memuliakan barat. Hakikat hari ini, pemBARATan Melayu semakin berleluasa dan seorang Bapa Melayu dan Ibu Melayu berkemungkinan bercita-cita untuk melahirkan Anak Orang Putih!

Ingatlah, di antara tanda kesudahan alam (Kiamat) ialah orang kafir akan menjadi ikutan dan tauladan, walaupun mereka masuk ke lubang cacing sekalipun. Trend hari ini sudah pun diBARATkan oleh media massa, dan anak-anak Melayu berlumba-lumba mem”pelat”kan lidah masing-masing kononnya mereka berbahasa Inggeris.

Raja Nazrin telah bertitah juga bahawa Bangsa Melayu akan menghadapi dua kemungkinan, samada :

“Melayu akan terus berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global atau

bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.”

Friday, February 6, 2009

Pantun Aurat..sekadar renungan.. ambillah dgn positif ya !

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Palestin...

Monday, February 2, 2009

Skop isu : Tindakan erdorgan

"Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan telah meributkan debat Timur Tengah pada Forum Ekonomi Dunia pada hari Khamis yang lalu, beliau mengatakan mungkin tidak akan kembali lagi jikalau ianya hanya untuk perhimpunan tahunan bagi para hartawan dan pihak yang berkuasa

Presiden Israel, Shimon Peres telah mempertahankan pendirian Israel terhadap serangan terhadap Gaza lebih sebulan lepas, dengan suara sedikit keras dan tudingan jari, shimon mempersoalkan apakah yang Erdogan akan lakukan jika roket dilancarkan pada setiap malam ke Istanbul.

Ketika Perbahasan tersebut yang turut disertai oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan pengerusi Liga Arab Amr Moussa sedang menuju ke penggulungan akhir, Erdogan cuba mencelah untuk memberi respon.

"Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos lagi kerana anda tidak membenarkan saya bercakap," kata perdana menteri Turki tersebut, beliau kemudiannya beredar keluar daripada dewan persidangan di pusat peranginan ski,Switzerland .

"Presiden Israel boleh bercakap selama 25 minit. Namun saya hanya memiliki separuh dari jumlah masa tersebut."

Agensi berita Turkey's state run Anatolian memetik Erdogan sebagai berkata kepada Peres: "Apabila ia datang untuk membunuh anda tahu benar bagaimana untuk membunuh. Saya amat pasti bagaimana anda telah membunuh seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pantai."

Dalam satu sidang akhbar, Erdogan menjelaskan bahawa beliau amat sedih dan kecewa dengan pengedalian perbahasan dan cara Peres.

"Tindak balas saya diarahkan pada moderator. Saya rasa jika kita teruskan mengendalikan perbahasan dengan cara ini, kita pasti tidak akan mendapat sesuatu yang bermanfaat daripada Davos seperti apa yang kita semua inginkan daripada persidangan Davos, dan ia akan mensamarkan lagi usaha-usaha untuk mencapai keamanan," Kata Erdogan.

"Peres sedang bercakap dengan perdana menteri Turki -- Saya bukan sahaja pemimpin sesetengah bagi kumpulan atau kaum, beliau seharusnya telah jelas tentang perkara tersebut," dakwanya kepada pemberita.

"Tindakan Hero" Erdorgan (PM Turki)

Sunday, February 1, 2009

Relaksi Minda : Jangan Menjilat Pelekat Sampul surat

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu lukakecilpada lidahnya.

Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktoruntukmendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan
bengkak biasa.

Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnyabengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliauterusberjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujianx-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itumenjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan puncabenjolpada lidah wanita tersebut.

Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagianyangbenjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu

Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyangdijilatnya.Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalammulutnya.
Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.Andy Humes menulis:
“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekatuntuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka bendayangterapung di permukaan “tray” gam tersebut!”
“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekatsampulsurat sebaliknya saya menggunakan span basah.”
“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikantidakmembenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.Saya tidak pernah faham mengapa.
“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas disuatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

Skop Isu : Menolak PPSMI

MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA IPT

1. Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan”. Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat. (Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin.net).

2. Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu. Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.

3. Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.

4. Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.

5. Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan.

6. Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.

7. Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.

8. Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).

9. Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah dan soalan juga masih dwibahasa.

Kaca Mata Agama :Valentine Day,,Saint Valentine

Numerous early Christian martyrs were named Valentine.[5] Until 1969, the Catholic Church formally recognized eleven Valentine's Days. The Valentines honored on February 14 are Valentine of Rome (Valentinus presb. m. Romae) and Valentine of Terni (Valentinus ep. Interamnensis m. Romae).[6]

Valentine of Rome[7] was a priest in Rome who suffered martyrdom about AD 269 and was buried on the Via Flaminia. His relics are at the Church of Saint Praxed in Rome.[8] and at Whitefriar Street Carmelite Church in Dublin, Ireland.

Valentine of Terni[9] became bishop of Interamna (modern Terni) about AD 197 and is said to have been killed during the persecution of Emperor Aurelian. He is also buried on the Via Flaminia, but in a different location than Valentine of Rome. His relics are at the Basilica of Saint Valentine in Terni (Basilica di San Valentino).[10]

The Catholic Encyclopedia also speaks of a third saint named Valentine who was mentioned in early martyrologies under date of February 14. He was martyred in Africa with a number of companions, but nothing more is known about him. Some sources say the Valentine linked to romance is Valentine of Rome, others say Valentine of Terni.[citation needed] Some scholars (such as the Bollandists[citation needed]) have concluded that the two were originally the same person.[11]

No romantic elements are present in the original early medieval biographies of either of these martyrs. By the time a Saint Valentine became linked to romance in the fourteenth century, distinctions between Valentine of Rome and Valentine of Terni were utterly lost.[12]

In the 1969 revision of the Roman Catholic Calendar of Saints, the feastday of Saint Valentine on February 14 was removed from the General Roman Calendar and relegated to particular (local or even national) calendars for the following reason: "Though the memorial of Saint Valentine is ancient, it is left to particular calendars, since, apart from his name, nothing is known of Saint

Valentine except that he was buried on the Via Flaminia on February 14."[13] The feast day is still celebrated in Balzan (Malta) where relics of the saint are claimed to be found, and also throughout the world by Traditionalist Catholics who follow the older, pre-Vatican II calendar.
The Early Medieval acta of either Saint Valentine were excerpted by Bede and briefly expounded in Legenda Aurea.[14] According to that version, St Valentine was persecuted as a Christian and interrogated by Roman Emperor Claudius II in person. Claudius was impressed by
Valentine and had a discussion with him, attempting to get him to convert to Roman paganism in order to save his life. Valentine refused and tried to convert Claudius to Christianity instead. Because of this, he was executed. Before his execution, he is reported to have performed a miracle by healing the blind daughter of his jailer.

Legenda Aurea still providing no connections whatsoever with sentimental love, appropriate lore has been embroidered in modern times to portray Valentine as a priest who refused an unattested law attributed to Roman Emperor Claudius II, allegedly ordering that young men remain single. The Emperor supposedly did this to grow his army, believing that married men did not make for good soldiers. The priest Valentine, however, secretly performed marriage ceremonies for young men. When Claudius found out about this, he had Valentine arrested and thrown in jail. In an embellishment to The Golden Legend, on the evening before Valentine was to be executed, he wrote the first "valentine" himself, addressed to a young girl variously identified as his beloved,[15] as the jailer's daughter whom he had befriended and healed,[16] or both. It was a note that read "From your Valentine."[15]

Valentine Day,,Saint Valentine

Numerous early Christian martyrs were named Valentine.[5] Until 1969, the Catholic Church formally recognized eleven Valentine's Days. The Valentines honored on February 14 are Valentine of Rome (Valentinus presb. m. Romae) and Valentine of Terni (Valentinus ep. Interamnensis m. Romae).[6]

Valentine of Rome[7] was a priest in Rome who suffered martyrdom about AD 269 and was buried on the Via Flaminia. His relics are at the Church of Saint Praxed in Rome.[8] and at Whitefriar Street Carmelite Church in Dublin, Ireland.

Valentine of Terni[9] became bishop of Interamna (modern Terni) about AD 197 and is said to have been killed during the persecution of Emperor Aurelian. He is also buried on the Via Flaminia, but in a different location than Valentine of Rome. His relics are at the Basilica of Saint Valentine in Terni (Basilica di San Valentino).[10]

The Catholic Encyclopedia also speaks of a third saint named Valentine who was mentioned in early martyrologies under date of February 14. He was martyred in Africa with a number of companions, but nothing more is known about him. Some sources say the Valentine linked to romance is Valentine of Rome, others say Valentine of Terni.[citation needed] Some scholars (such as the Bollandists[citation needed]) have concluded that the two were originally the same person.[11]

No romantic elements are present in the original early medieval biographies of either of these martyrs. By the time a Saint Valentine became linked to romance in the fourteenth century, distinctions between Valentine of Rome and Valentine of Terni were utterly lost.[12]

In the 1969 revision of the Roman Catholic Calendar of Saints, the feastday of Saint Valentine on February 14 was removed from the General Roman Calendar and relegated to particular (local or even national) calendars for the following reason: "Though the memorial of Saint Valentine is ancient, it is left to particular calendars, since, apart from his name, nothing is known of Saint

Valentine except that he was buried on the Via Flaminia on February 14."[13] The feast day is still celebrated in Balzan (Malta) where relics of the saint are claimed to be found, and also throughout the world by Traditionalist Catholics who follow the older, pre-Vatican II calendar.
The Early Medieval acta of either Saint Valentine were excerpted by Bede and briefly expounded in Legenda Aurea.[14] According to that version, St Valentine was persecuted as a Christian and interrogated by Roman Emperor Claudius II in person. Claudius was impressed by
Valentine and had a discussion with him, attempting to get him to convert to Roman paganism in order to save his life. Valentine refused and tried to convert Claudius to Christianity instead. Because of this, he was executed. Before his execution, he is reported to have performed a miracle by healing the blind daughter of his jailer.

Legenda Aurea still providing no connections whatsoever with sentimental love, appropriate lore has been embroidered in modern times to portray Valentine as a priest who refused an unattested law attributed to Roman Emperor Claudius II, allegedly ordering that young men remain single. The Emperor supposedly did this to grow his army, believing that married men did not make for good soldiers. The priest Valentine, however, secretly performed marriage ceremonies for young men. When Claudius found out about this, he had Valentine arrested and thrown in jail. In an embellishment to The Golden Legend, on the evening before Valentine was to be executed, he wrote the first "valentine" himself, addressed to a young girl variously identified as his beloved,[15] as the jailer's daughter whom he had befriended and healed,[16] or both. It was a note that read "From your Valentine."[15]

CINTA???

“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yangbercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atausedang bercinta dengannya?”, makadijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apasahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorangpasangan KAZZAB (penipu)”______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalinhubungan cinta yang suci sesuai dengan aturanAllah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaranRasul serta hormat ke atas hak dan maruah diantara pasangan amat dititik beratkan ke arahsatu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanitatidak sewenang-wenangnya menyentuh tanganwanita atau memegang erat tubuhnya. Wanitabukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,apakah pasangan seperti ini mampu melindungidan menjaga maruahnya apabila berkahwinnanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yangdinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakalberlaku satu hari nanti?…”______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satuungkapan setia di bibir-bibir remaja yangmenganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasihyang setia dan mula memasang angan-anganuntuk mendirikan rumah tangga bersamapasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolahlagi malah adakalanya membawa kepadasesuatu di luar jangkauan
Cinta perludifahami. Semestinya seorang remajaperlu memahami kehendak dan definisi yangtepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadargelojak perasaan serta rasa tertarik antara satusama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat PercintaanDalam Islam, rasa hati yang dinamakan cintamerupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluriuntuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) ataudikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yangtiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untukmeneruskan kehidupan dan mempertahankan),gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembahdan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudahfitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidakharam disisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahamikedudukan cintanya dan ke mana hala tujuseterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkansatu kesimpulan yang mudah tentang hakikatcinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasihsayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah danada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yangdikatakan sebagai cinta, maka hubungansedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturanyang sistematik dan teratur tanpa mengabaikanhubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satukedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagipihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?Adakah setakat mengisi usia remaja danadakalanya putus di tengahjalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebihkepada konsep ala Barat yang disifatkan penuhromantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cintayang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapatkasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsirasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,masing-masing ingin selamat-menyelamatkanantara satu sama lain dari segi hubungan dankehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yangabadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cintayang punya pengertian yang luhur dan hanyadapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yangsentiasa mencari tuhan