Sunday, September 12, 2010

Why Mars & Venus Collide?

Assalamualaikum dan salam lebaran..


Raya ketiga di perantauan, tak bnyk yg dirancang..Biasalah pertama kali merasai pengalaman sebegini.. Dlm mengisi hari raya kali ini, membaca merupakan antara aktiviti rutin yg dibuat..

WHY MARS AND VENUS COLLIDE BY JOHN GRAY


Membaca "Introduction" buku Dr John Gray berjudul Why Mars & Venus Collide merungkai satu sudut baru dlm trend perhubungan masa kini dlm rumah tangga..walaupun tiada pengalaman berumahtangga sekurang kurangnya sebagai penambah ilmu dan persediaan sebelum melangkah ke alam tersebut.. lagipun hujung tahun ini, ramai sahabat2 saya yang mengakhiri keriangan zaman bujang mereka termasuklah saya sendiri Insya Allah..

Berbalik kepada Introduction buku Dr John Gray ini..satu ayat yang menarik perhatian ialah "Remembering and understanding our differences are only half of the battle..The other half is about action learning to cope more effectively with stress.." (Sebab itulah dlm modul pra perkahwinan terdapat satu bab iaitu pengurusan stress)

Permulaan perkahwinan selalunya dikhabarkan sebagai sesi taaruf berkenal-kenalan sesama pasangan.. Mengenal perangai dan tabiat, merungkai kegemaran dan kesukaan, menyelami dan memahami fikrah pemikiran hingga setiap hal pasangan yang selama ini tidak kelihatan, di singkap dengan penuh tolak ansur serta persefahaman.. Bila semuanya tersingkap pastu menemu kelemahan kekurangan.
Dan inilah yang disebut oleh Dr john Gray sebagai Half of The Battle..Perjuangan pertama sepasang kekasih (yg saya lebih maksudkan suami isteri) ialah bukan sahaja "to know each other" tetapi "to accept and understand".. Dengan kata lain mudah untuk kita faham manusia itu tiadalah sempurna, disebut dalam Al Furqan sebagai makhluk lemah dan hina dihadapanNya, bermakna pasti ada kelemahan dan kekurangannya walaupun dia bergelar Permaisuri/Raja yang bertakhta di hati kita.

Sebelum itu mari kita melihat Falsafah Perkahwinan dari sudut Islam (kerana dalam Islam terdapat semua jawapan terhadap semua persoalan dunia akhirat)

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamupasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya.Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah."

(Surah al-Rum, ayat 21)

Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang,ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan. Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.

Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini. Mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia. Mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan berkenaan. ( Inilah cabaran kedua yg diterang panjang lebar Dr John Gray dlm bukunya)

Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.

Mereka juga berusaha memberikan contoh yang baik, teladan dan nasihat kepada anak cucu supaya mereka tidak salah dalam memilih jalan hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Inilah hakikat rahmah itu.

Kembali semula kepada buku ini,

Stress ialah cabaran kedua atau dengan ertikata lain stress terbina dan membenteng kukuh menghalang rasa kebersamaan dan kasih sayang tulus suami isteri..Stress tercipta kerna keperluan mendesak kehidupan ( kewangan, byr2 hutang, anak2 dan tekanan kerja). Maka inilah perjuangan kedua alam rumah tangga..menyerap segala tekanan, dan atas tekanan ini bukanlah melunturkan rasa cinta tapi sebagai asbab memekarnya bunga-bunga rahmah suami isteri..

cukup sekadar itu untuk kali ini.. huraian lebih mungkin selepas habis membaca buku ini..

bagi yang belum membaca atau memiliki naskah ini, digalakkan untuk meminjam,membeli atau meminta untuk dihadiahkan buku ini..Pasti berguna kelak!

Sandakan,Sabah

Thursday, September 9, 2010

Mewarkah Kembali

Assalamualaikum w.b.k

Salam Ramadhan dan Salam Syawal

Dari jauh merentas samudera, saya menitipkan warkah salam aidilfitri buat keluarga di semenanjung mudah-mudahan sihat semuanya dalam keberkahan Yang Esa.


Mood untuk menulis mula kembali..dengan kerjaya baru sebgai kakitangan kerajaan dalam ruang bidang yang sememangnya menjadi antara pilihan, pastinya pelbagai pengalaman baru akan ku tempuh.. Ya tambahan mejejak kaki beerkhidmat di bumi di bawah bayu..

Apa pun yg berlaku sebulan dua ini..dengan Ramadhan akn pergi..ku kekal di sini beraya..

Bak kata org alang2 berpijak di bumi org selamilah adat budaya resam baru bercambah pengalaman..

Justeru, hari lebaran ini ku sambut di sini.

Allahuakbar 3x walillahilham

Sandakan, Sabah.